Santa Lucia
Santa Lucia

Santa Lucia

Lucia dari Syracuse (283–304), juga dikenali sebagai Santa Lucia, ialah seorang martir Kristian yang mati semasa penyeksaan Diocletian. Dia dihormati sebagai santa oleh Gereja Roman Katolik, Gereja Anglikan, Gereja Lutheran, dan Gereja Ortodoks Timur. Hari untuk memperingatinya dikenali sebagai Hari Santa Lucia dan disambut setiap 13 Disember di Barat.